Sunday 11 October 2015

Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan ( kira2 300-350 gm )
16 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*
20 tangkai cili kering (dibuang bijinya dan direndam)*
7 biji buah keras*
5-6 batang serai*
1 inci lengkuas*
1 kiub belacan (dibakar)*
1 tbsp  jintan manis (digoreng tanpa minyak)
1 tbsp  jintan putih (digoreng tanpa minyak)
1 tbsp ketumbar (digoreng tanpa minyak)
1/2 cawan kacang tanah (digoreng)
1/2 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
Cara-cara
Bahan2 yg bertanda * hendaklah dikisar sehingga lumat.
Bahan2 spt jintan manis, jintan putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan hendaklah dikisar halus dgn pengisar serbuk. Kemudian barulah disatukan dgn bahan yg bertanda *.
***jika ingin disimpan lama, bolehlah ditumiskan terlebih dahulu dgn minyak masak dan dimasukkan sedikit garam, gula serta perahan asam jawa. Utk membuat laksa Sarawak


REMPAH KARI KURMA

BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah2kan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA
•             Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit, keringkan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus. Tambah, serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..



Rempah Al-Khasba(Arab Rice)

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

Sotong masak tomato

Bahan-bahan ( 2-3 org )

5 ekor sotong sederhana bsr (potong ikut suka, cuci & toskan) perap sebentar dgn garam kunyit (10-15 mnt shj).

  Bahan2 kisar 

3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 biji bwg besar
cili padi / cili merah
2 biji tomato
     Bahan2 lain
1 inci halia - dihiris halus
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 sb madu
serbuk cukup rasa, garam, aji - ikut selera masing2
sedikit minyak utk menumis.


   Cara-cara

kisar halus bahan2 kisar tadi dan tumis dalam kuali hingga naik bau.
Selepas itu masukkan halia, sos2 & madu kacau rata lalu masukkan sotong tdi.

Sesuai kan rasa, setelah sotong tadi masak boleh lah di hidangkan.

Kek Lapis Cheese

Bahan A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan
Bahan B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(

Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.