Friday 25 May 2012

bread pudding

bahan-bahan

1liter            susu segar
250gram      gula
10nos          telor ayam
4keping       roti  batang(roti paun)
1tsp            esen vanilla

cara-cara membuat

masukkan susu,gula,esen vanilla dan telor pukul sehingga sebati selepas itu  masukkan kedalam acuan 8x9 tinggi 3inci, kukus selama 45 atau ke 60 minit, atau anda boleh bakar dalam oven 150c selama 45minit atau nampak kekuningan..

Puding Batik


Bahan-bahannya
600 gm biskut marie (pecahkan 4)
250 gm mentega
5 sudu besar koko
5 sudu besar milo
1 cawan gula
½ tin susu pekat
1 camca kecil esen vanila
5 biji telur (pukul sampai kembang)
1 cawan air
caranya
  • Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali biskut) dicampurkan, masukkan ke dalam periuk & dikacau selalu. Kecilkan api sedikit, kacau lagi sampai pekat.
  • Kemudian bila sudah masak, tuangkan ke dalam bekas yang sebelumnya diatur biskut marie di dasarnya.
  • Tekan-tekankan adunan agar bahan-bahan tersebut mampat & biarkan seketika.

Kek Lapis Cinta Kirana


Bahan2:
  • 340g mentega
  • 170g gula halus
  • 6 biji telur ayam(gred A)
  • 10 sudu makan susu manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 170g tepung gandum
  • 180g seri kaya(tin kecil)
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • Asam manis secukupnya
Cara2:
  1. Mentega dipukul dengan gula halus sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sampai habis sambil terus dipukul dengan kelajuan perlahan.
  3. Masukkan esen vanila,susu manis, serikaya dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung(yg sudah diayak) sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan adun rata
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian: (i) warnakan kuning (ii)warnakan hijau (iii)warnakan merah
  6. Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus.
  7. Kukuskan 3/4 cawan adunan berwarna merah dahulu..setelah masak,kukus pula adunan hijau. Susunkan asam manis barulah masukkan adunan kuning.
  8. Ulangi langkah 7 sehingga adunan habis
  9. Kukus sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir. Selamat mencuba

Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)


Bahan2:

16oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin kecil susu pekat
1 tin besar serikaya
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
250g tpg hongkong
180g gula halus
200g horlicks
200g cream cheese
Pewarna oren
Coklat rice secukupnya

Cara membuatnya
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu, tepung gandum dan baking powder
  3. Gaulkan cream cheese dan susu di tempat berasingan. Bila sudah sebati barulah dicampurkan ke dalam adunan mentega.
  4. Masukkan vanilla dan pewarna oren
  5. Ambil satu cawan adunan tadi dan kukus sehingga masak
  6. Tuangkan lagi satu cawan adunan dan kukus sehingga masak
  7. Taburkan rata coklat rice di atas adunan.
  8. Ulangi langkah 5-8 sehingga adunan habis.
  9. Kukus sekurang2nya 1 jam selepas lapisan terakhir

chololate chip cookies

bahan -bahan

500gram        majerin
500gram       gula
1tsp              gula
3nos             telor
1tsp             esen vanilla
1kg              tepong gandum
1tbsp           soda
2 1/2tbsp     baking powder
300gram      chocolate chip
cara membuat

pukul gula,garam dan majerin pukul sehingga kembang selepas itu masuk kan telor,esen vanilla kedalam adunan pukul sehingga sebati,kemudian masukkan tepong gandum,soda dan baking powder kedalam adunan pukul biar lembut selepas itu masukkan chocolate  pukul sebentar
acuan mengikut kehendak masing-masing masuk kedalam oven dalam suhu 150 c  selama 25minit atau nampak kekuningan kemudian angkat.

Chocolate Cake

bahan-bahan
 2 cawan air panas
• 1 cawan serbuk koko tanpa gula
 2 3/4 cawan semua-tujuan tepung
 2 sudu kecil baking soda
 penaik 1/2 sudu teh serbuk
 1/2 sudu teh garam
• 1 cawan mentega, dilembutkan
• 2 1/4 cawan gula putih
 4 biji telur
• 1 1/2 sudu teh ekstrak vanila
arahan
1. Panaskan oven 350 darjah F (175 darjah C). Gris  acuan kek bulat. Dalam mangkuk sederhana, tuang air mendidih lebih koko, dan pukul sehingga sebati. Biarkan campuran sejuk.  tepung,baking soda, baking powder dan garam Ayak bersama, ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, krim, mentega dan gula dipukul sehiingga  kembang. Pukul telur satu masa, kemudian kacau divanila. Tambah campuran tepung berselang seli dengan campuran koko,tuang adunan sama rata antara .
3. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 25 hingga 30 minit. Biarkan sejuk.

Sri muka jagung


Bahan-bahannya:

Lapisan pulut :

250g beras pulut - direndam lebih kurang 1jam
200ml santan - saya gunakan santan Kara
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar minyak masak

Lapisan jagung :

60g tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
70g gula
2 biji telur
225ml santan
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan jagung manis berkrim

Cara-caranya:

Panaskan air di dlm kukusan.
Toskan beras pulut dan letakkan di dlm loyang.
Campurkan bahan-bahan untuk lapisan pulut dan kacau rata.
Kukus selama lebih kurang 20minit atau hingga masak sepenuhnya.
Kemudian,tekankan pulut agar padat ke bahagian bawah loyang.
Sementara itu, pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan santan dan garam,kemudian jagung.
Ayakkan tepung ke dlm adunan jagung dan kacau rata.
Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi dan kukus di atas api sederhana selama lebih kurang 40-45minit.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

cheese cake (2)

BAHAN-BAHANNYA

1KG       CREAM CHEESE
1CUP     GULA
1TSP      ESEN VANILLA
5NOS    TELUR AYAM

CARA CARA MEMBUAT
1. SEDIAKAN 2 ACUAN  8X8 LAPISKAN DENGAN KERTAS MINYAK.
2.PUKUL CREAM CHEESE SEHINGGA KEMBANG SELEPAS ITU MASUKKAN SEMUA BAHAN PUKUL SEHINGGA SEBATI PASTIKAN TIDAK BERBINTIL....
3.APABILA BAHAN SEMUA SEBATI TUANG KAN KEDALAM ACUAN BAKAR DALAM SUHU 150c SELAMA 20MINIT ATAU JIKA KEKUNINGAN KELUARKAN DARI OVEN BIARKAN SEJUK SELEPAS ITU POTONG MENGIKUT KEHENDAK MASING MASING ATAU DI HIAS DENGAN CARA ANDA SENDIRI.

Cheese Cake

BAHAN-BAHANNYA



  • 500 g cream cheese
  • 50 g gula halus
  • 200 g "whipping cream"
  • 5 kuning telur
  • 120 g tepung gandum
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 5 putih telur
  • 100 g gula halus
  • 1 camca teh lemon jus

 CARA MEMBUATNYA
 
  • Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin spring form berukuran 9 inci dengan mentega, balut keliling bahagian bawah luar tin dengan aluminium foil .Ketepikan.
  • Putar cream cheese bersama gula hingg lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi hingga adunan licin dan tidak berbintil2.
  • Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Perlahankan speed, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  • Dalam mangkuk yang bersih dan kering. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus (100g) dan jus lemon, terus memutar hingga adunan kental.
  • Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  • Tuang dalam tin dan bakar dengan kaedah "water bath" selama 90 minit. Biar kek sejuk dalam oven dengan cara merenggangkan pintu oven.
  • Simpan kek dalam peti sejuk 4-5 jam ...selepas itu hias mengikut kehendak masing-masing