Tuesday 7 October 2014

Ayam Cashew Nut

 Bahan Bahan

A.1 Kilo  Dada Ayam (dihiris sebesa jari )
    1 Biji Telur
    250 Gram tepong Gandum
Cara Cara.
1.gaul ayam dengan telur ayam dan simpan perasa selepas itu di gaul dengan tepung pastikan jang terlalu tebal tepung melekat dengan ayam dan goreng setengah masak atau kekuningan angkat simpan tepi.

B.
   200 Grams Biji Gajus (yang sudah digoreng)
   1 Batang Carrot  (Direbus selepas itu di potong mengikut kehendak masing masing)
   1 Biji   Cili bulat (chilli manggala) (dipotong ikut sendiri)
    6 Ulas Bawang Puteh (dicincang Halus)

Cara Cara
 1.Panaskan Kuali dan tumis bawang sehingga naik bau
 2. masukkan semua bahan A dan B gaul
3.tuang kicap pekat dan oyster secukup nya dan juga perasa.
 selamat mencuba..................

 

Seafood Oriental

 Bahan Bahan
 1 Kilo   Sotong
 2 Keping Fish Cake
 1 Paket Crab Stick
 1 Tangkai Serai (Cincang Halus)
 6 Ulas Bawang Puteh (Cincang Halus)
 4 Ulas Bawang Merah (Cincang Halus)
 1 Tin Young Corn  (dipotong mengikut kehendak masing masing)
 100 Grams Kulat Hitam ( Black Mushroom) Direbus sehingga lembut Dipotong dua
 1 Biji  Carrot ( Potong mengikut kehendak masing masing
 Oyster
 Kicap Pekat
 Serbuk Lada Hitam
 Perasa

Cara Cara
1.Panas kan kuali dan tumis bawang dan serai sehingga naik wangi.
2.masukkan sotong,crab stick dan fish cake gaul sehingga separuh masak masuk kan sayur.
3.simpan oyster sos dan kicap kacau sehingga hampir masak dan masuk kan lada hitam dan perasa.

daging burger dan bun

 A.Bahan Bahan Beef Burger
500 GMS daging lembu daging cincang
1 bawang dicincang halus
1 kiub stok daging lembu
2 sudu makan sos tomato
2 sudu sos barbeku
2 sudu kecil pes bawang putih
1/4 cawan tepung gandum
2 telur
1 sudu kecil mixed herbs
1 lobak merah parut
1 sudu makan minyak canola

Cara Cara
Semua bahan di campur dan digaul sehingga sebati dan di acuan bulat . di masak di dalam kuali
atau grill.

B. Bahan Bahan  Roti.

1       kilo       Tepong gandum
125  Grams   Butter
50    Grams   Gula
2      Biji        Telur Ayam
500 Ml           Air
2 Tbsp            Yeast

Cara Cara
Campur semua bahan dan di uli sehingga sebati atau jika menggunakan mesing bread maker harus di adun selama 10minit .di angkat di letak di meja dan tutup biarkan rehat selama 5 ke 10 minit selepas itu di bentuk (BUN) rehatkan apabila bun itu menaik(kembang) sapu di atas bun itu kuning telur dan tabur biji bijan dan selepas itu bakar didalam oven suhu 350c selama 5 ke 10 minit.