Tuesday 21 October 2014

ASSAM PEDAS IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:
1 kg  ikan tenggiri 
2-3 cawan air
2 batang serai
2 bunga kantan- dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keeping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
2-3 helai daun limau purut dicarik-carik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI BLEND:
10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan
(Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi) .
CARA MEMASAK:

1.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
2.Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.
3Masukkan ikan tenggiri , asam keping , garam dan gula . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi sebati. Jangan kacau terlalu laju dan kuat isi ikan tenggiri boleh pecah.
4.Biar kuah mendidih untuk 3-5 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur .Tutup periuk dengan penutup, ini adalah untuk membiarkan ikan tenggiri  terus masak di dalam wap panas kuah.

AYAM PONGTEH

             BAHAN-BAHANNYA
800 g ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 inci halia, tumbuk halus
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
20 biji bawang merah (kisar halus)
8 ulas bawang putih(dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
1 inci halia, dititik
3 - 4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam dalam air
10 kuntum cendawan butang
1/2 cawan taucho, dihancurkan
1 batang daun sup di potong kasar
1 liter air
2 camca besar kicap cair
2 camca teh kicap pekat
Sedikit gula

               CARA MEMBUATNYA
1.Gaul ayam tadi dengan 1/2 camca teh garam, serbuk kunyit dan halia tumbuk hingga rata, perap 1 - 2 jam. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan halia titik hingga harum, masukkan taucho           dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul, biar ayam kecut sedikit.
3.Tuang air, jus asam jawa dan masukkan kicap pekat, kicap cair, kentang dan cendawan butang. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun sup dan kecilkan api. Renih 25 - 30 minit hingga ayam dan kentang empuk.
dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan.

JEJARI IKAN GORENG

        bahan-bahan:

 500 gm Ikan (tanpa tulang dan tanpa kulit)
 1 telur (dipukul letak dalam mangkuk)
 1 tsp Garam
 5 tbsp tepong gandum 
 2 tsp Jus Lemon
 Minyak untuk menggoreng
 1/4 tsp  lada putih
 1/4 tsp serbuk Mustard (digaulkkan dengan tepung gandum jika ada)
 1 cup serbuk roti untuk lapisan

       Cara membuat  jejari ikan.

 Potong ikan-potong jari berbentuk.
 Rendam jari ikan dengan serbuk lada hitam, jus lemon dan garam.
 Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
 masukkan jejari ikan tepung angkat celup kedalam telur selepas itu salut dengan serbuk roti
 Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng  jejari ikan tadi hingga kekuningan ,angkat letak dalam  pinggan.
 Hidangkan dengan sos tartar atau sos tomato.

Tartar sos


1 cawan mayonis
1 tsp mustard Dijon
2 Daun Bawang, dicincang halus
1 ulas bawang putih cincang
1 bawang merah, dicincang halus
1 tsp caper, toskan dan cincang halus
½ biji bawang besar dicincang halus
1 biji  cili merah dibuang biji cincang halus
Beberapa titik jus lemon
garam

CARA CARA
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau hingga semua bahan sebati. Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Dalam peti sejuk sehingga sejuk