Wednesday 15 October 2014

kek batik

  • Bahan-bahan
    • 250g@satu peket biskut merie
    • 200g@satu peket milo
    • 397g @ 1 tin susu pekat 
    • 5 biji telur
    • 1sk esen vanilla
    • 150g butter @ 2/3 cawan
    • 2 sudu besar serbuk koko
    • 1sk nescaffe - optional
    Cara-cara
    • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.
    • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
    • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
    • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
    • Keluarkan dan potong. Hidangkan.

ikan goreng berempah

Bahan:-
  • se ekor ikan tenggiri di potong (hiris).
  • 1 cm halia *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 3 cm kunyit hidup *
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • garam secukupnya
Cara-Cara:-
  1. Tumbuk lumat bahan2 bertanda * dan campurkan dengan serbuk kari ikan dan garam.
  2. Gaul rata pada luar dan dalam ikan dan perapkan lebihkurang 1 jam.
  3. Goreng ikan hingga agak garing dan angkat. Tapiskan kerak2 gorengan dari minyak dan tabur juga atas ikan.
  4. hias mengikut kehendak masing masing.

sotong sambal


Bahan-Bahan:
½ kg sotong sederhana besar
20 tangkai cili kering - dikisar
8 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar    
6 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - dititik
150 gm asam jawa - diperah airnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Bersihkan sotong dan rebus di dalam air mendidih selama tiga minit, angkat dan rendam di dalam air sejuk. 
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan. 
Masukkan cili kering dan tumis lebih kurang 20 minit. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sotong yang telah direbus dan kacau lebih kurang lima minit. 
Sebelum menghidang, hias mengikut citarasa masing-masing.

ikan bawal masak lemak

1 kilo ikan bawal (disiang bersih)
2
serai (potong panjang 4 inci dan ditumbuk)
1 cawan santan
1 inci kunyit segar * 1 serai (potong panjang 4 inci dan ditumbuk)
2 helai daun limau
1 keping asam keping
1 cawan santan
Garam secukup rasa

B.bahan kisar halus
1 inci
kunyit segar
6 cili merah segar (lebih cili untuk panas tambahan) *
10 biji bawang kecil *
5 ulas bawang putih *
6 cili merah segar (lebih cili untuk menambah lagi pedas) *


kaedah:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam sesuatu karya dan kacau-goreng pes.
2. Tambah serai dan kacau santan hingga mendidih.
3 masukkan ikan, daun limau dan asam keping. Kecilkan api dan terus reneh sehingga ikan masak
4. Tambah garam secukup rasa dan berkhidmat panas.




daging masak hitam

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis



Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)


kari ayam kashmir







BAHAN BAHAN (A)
4 Ulas bawang merah (HIRIS )
1 Biji Bawang besar (Saiz sederhana)
3 Ulas Bawang Putih (dikisar)
1 Inci Halia ( Dikisar)
1 Batang Serai (diketuk)
1 Tangkai Daun Kari

BAHAN BAHAN (B) PES
1 Sudu besar serbuk cili
2 sudu besar rempah briyani (buat sendiri)
2 sudu besar serbuk kari daging
(Gaul semua bahan (B) dengan sedikit air)

BAHAN BAHAN (C)
3 sudu besar tomato puri( boleh diganti dengan tomato segar 4 biji di potong dadu)
2 Biji Ubi Kentang (potong dadu)
setengah ekor ayam

garam secukup rasa
air mengikut kuantiti ayam

CARA CARA>
1)gaulkan ayam dengan kunyit dan garam ,goring separuh masak
2)ayam separuh masak simpan kedalam bekas
3)panaskan minyak masak tumis bahan (A) hingga naik bau Kemudian masuk kan PES(B) kacau sehingga pecah minyak.
4)Masukkan kentang dan tomato yang di potong dadu kacau seketika (hamper matang)
5)kemudian masukkan ayam dan tambah sedikit air tutup seketika apabila mendidih simpan perasa secukupnya.
6) kecilkan api biar kuah Nampak pekat dan bila pekat padam kan api.