Friday 10 October 2014

AYAM KURMA

BAHAN BAHAN
1 Ekor ayam
1biji halia (4inci)
8 ulas Bawang Putih
Halia dan Bawang putih dikisar halus sekligus
2Biji   Bawang Besar dimayang
1 Btg  Kayu Manis
2 Biji Bunga Lawang
3 Biji Buah Pelaga
3 Biji Bunga cengkih
Garam Secukup rasa
4 Biji Kentang Dipotong 4
2 Helai Daun Pandan
1 Btg Serai DI Ketuk
½  Cawan Santan
CARA CARA
1.    tumis bunga lawang, bga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, bawang putih dan halia yg diblend tadi, bawang besar,serai dan daun pandan.
2.    dah naik bau, masukkan ayam, ubi kentang dan garam.biarkan seketika dlm 2 minit.
3.    masukkan air dlm 1 cawan. biarkan seketika dlm 3 minit. ni nak biarkan rencah yg ditumis tadi masuk kat dlm dging ayam tu.
4.    pas tu, masukkan plak, serbuk kurma. biarkan seketika dlm 2 minit g.
5.    pas tu, masukkan air lagi 3 cawan. biarkan mendidih, kemudian masukkan santan / susu cair. Biar dlm 1 minit ( sambil tu kacau2 la skit) then masukkan lada sulah.
6.    masaklah sampai ayam dan kentang empuk dan masak. siap.



CORNISH PARSLEY

Sos Daging  
(A)     Bahan Bahan
500  Grams  Mince Meat (Daging Hancur )
1       Biji        Bawang Besar (Cincang )
3       Biji        Kulat Butang(Cincang )
1       Biji        Tomato(Cincang )
1       Btg        Celery (Cincang)
4       Tbsp      Serbuk  Cili
2        Tbsp      Serbuk Lada Hitam
½        Cup      Pati  Tomato
6         Ulas       BAwang  Putih (Chop)
 CARA CARA
1. Panaskan Kuali tuangkan minyak dan  goring bawang putih hingga naik wangi
2. Masukkan  tomato puri  kacau dan biar sebati selepas itu masuk kan daging biarkan mendidih
3.masukkan semua bahan biarkan sehingga masak.

Kulit   Cornish
(B)  Bahan Bahan
        150gram butter
       280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
1      biji kuning telur (dipukul)
        secubit garam halus
        1 sudu teh gula halus
1.            CARA-CARA MEMBUAT DOH: Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
2.            Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
3.            Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.

4.uli doh nipis dan masuk kan inti (pastikan inti daging tak terlalu basah utk mengelak sukar melekatkan kulit cornish.
5.acuan mengikut kehendak masing masing dan sebelum di masukkan kedalam oven sapukan kuning telur di permukaan kulit cornish dan tabur parsley di atas ,bakar 180c selama 10 ke 15minit.

marinated chicken

BAHAN BAHAN
   2 cawan kicap
  2 cawan gula perang
  1 1/2 cawan gula putih
  1 sudu besar halia
  4 Ketul Paha ayam


CARA CARA


Dalam mangkuk yang besar, campurkan sos soya, gula perang, gula, dan halia. Letakkan ayam ke dalam campuran. Chill dalam peti sejuk 6-8 jam, atau semalaman.
Panaskan ketuhar kepada 325 darjah F (165 darjah C). Sapu tray (dulang) sederhana.
Letakkan ayam diperap dalam tray(dulang) yang disediakan. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga daging tidak lagi merah jambu dan jus ayam itu keluar.

Bingka Labu


Bahan Bahan

2       Biji         Telur Ayam
2      Cup         Santan (200ml)
½       Cup           Susu Cair
2       Cup           Tepung Gandum
½      Cup            Gula Pasir
½      Cup           Susu  Manis 
½      Tsp             Garam
2      Tbsp           Butter
2       Cup            Labu Kuning  ( Masak dan Hancur)

CARA  CARA.

1. Campur semua bahan gaul sehingga sebati,guna loyang 8x8 
    bakar dalam suhu  180c  selama sejam.