Friday 24 October 2014

daging masak halia


Bahan-bahan:

500 gm daging - potong kecil-kecil(hiris kecil)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
½ sudu makan minyak bijan
4 cm halia – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
1 tangkai cili merah – hiris halus
Sedikit daun bawang - hiris

Cara penyediaan:

Perapkan daging lembu dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam.

Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua daging  bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.

Tabur daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan.

Ayam masak halia


BAHAN BAHAN

250 gm ayam - potong kecil-kecil
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
½ sudu makan minyak bijan
4 cm halia – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
1 tangkai cili merah – hiris halus
Sedikit daun bawang - hiris

Cara penyediaan:

Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam.

Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua ayam bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.

Tabur daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan.

cup kek coklat kukus.

 
ha nie cup kek kukus member aku buat tadi  so aku pi ambik gambar cup kek dia......

Bahan-bahannya:

Bahan A
1 cawan gula pasir 
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair 
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak


 semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
 
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil  soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil  baking powder
Bahan C

4 biji telur - diblender 


Cara-caranya:
 

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.
Bila dah sebati masukkan kedalam cup cake,


masuk kedalam periuk kukus yang sudah dipanaskan kukus selama 10 ke 15minit.