Saturday 18 October 2014

kari kambing

  •           2 keping Daging kambing-potong ikut suka
  • (A)Bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga&kayu manis
  •           (B)2 ulas bawang putih
  •           (B)2 ulas bawang merah 
  •            (B) 2 inci halia
  • 1 paket santan serbuk/pati santan sebiji
  • 1 batang serai-titik
  • 1 biji kentang-potong&rebus
  •           1 sudu/b  rempah kurma(bancuh utk menjadi pes)
  • 3 sudu/b rempah kari daging (bancuh utk menjadi pes)
  •           2 sudu/b lada kisar
  •           1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit-hiris halus
  • Garam,gula&air secukupnya
  • Minyak utk menumis
  • Panaskan periuk dgn sedikit minyak,tumis bahan2 (A) & bahan2 (B).
  • Kemudian masukkan bahan2 yg dibancuh menjadi pes tadi sehingga naik bau.Masukkan sedikit air kalau agak kering.Masukkan daging kambing yg telah dipotong2 kecil.Kacau.Masukkan juga asam gelugor&serai.Tggu sehingga daging agak masak,masukkan santan.Boleh tambah kan air jika suka kuah yg banyak.Masukkan garam&gula secukup rasa.Tunggu sehingga kuah agak pekat masukkan kentang yg telah direbus empuk tadi.Masukkan juga daun kunyit dihiris nipis tadi.Tunggu lagi sekejap boleh lah ditutup api.

kuih lapis

BAHAN BAHAN

6 cawan tepung beras
6 cawan santan
6 sudu makan tepung gandum
6 sudu makan  tepung jagung
2 cawan gula atau (1 cawan jika suka kurang manis )
1/2 sudu teh garam
sedikit warna merah


CARA CARA

panaskan pengukus dan sedia kan loyang 8x8 .
1.masukkan santan kedalam periuk kacau hingga suam .tutup api
2. masukkan tepung beras,gandum,t.jagung,gula dan garam  kedalam periuk santan tadi gaul hingga sebati.
3.bahagi kepada dua bahagian satu bahagian warna merah,satu bahagian bairkan begitu saja.
4.masukkan adunan kedalam loyang(200ml) kukus selama 5 ke8 minit selepas itu tuang lagi adunan
(buat selang seli hingga habis)
setelah siap biarkan sejuk selepas itu baru di potong.

Ayam masak kicap

Bahan-bahan 
15 ketul ayam
3 ulas bawang besar (dihiris)
8 ulas bawang putih (dihiris)
3 inci halia (dihiris)
4 batang serai (diketuk)
3 batang cili hijau (dipotong serong)
3 batang cili merah (dipotong serong)
1 1/2 cawan kicap pekat manis
1/2    cawan kicap masin
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
Garam dan kunyit
Cara-cara
1. Gaul ayam dengan kunyit dan goreng sehingga hampir masak.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga layu.
3. Masukkan kicap, sos tiram, lada hitam dan ayam. Goreng sehingga masak.
4. Masukkan cili hijau dan cili merah.