Sunday 26 October 2014

Kuih Bahulu


Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.
Cara menyediakan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan yang kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven

Kuih Talam Jagung

Bahan-bahan:

Lapisan bawah:
1) 1 cawan jagung manis berkrim
2) 1 cawan tepung beras
3) 2 sudu makan tepung kastad
4) 2 cawan santan
5) ½ cawan gula

Lapisan atas:
1) 1 cawan tepung beras
2) 2 cawan santan pekat
3) 1 sudu teh garam


Cara Penyediaan:
1) Panaskan kukusan.
2) Gaulkan kesemua bahan lapisan bawah dan kacau hingga sebati.Masukkan ke dalam loyang.
3) Kukus selama ½ jam.
4) Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5) Kacau sebentar di atas api kecil.
6) Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakar-cakarkan sedikit permukaan atasnya dan tuangkan perlahan-perlahan adunan lapisan atas.
7) Kukus selama 20 minit.
8) Sejukkan dan potong.

ayam lemon


BAHAB BAHAN

(A)1kilo paha ayam dibuang tulang
      1tsp   serbuk lada hitam
      1tsp  garam
       tepung gandum untuk mengaul ayam.

cara cara .

1.gaul isi paha ayam dengan garam dan lada  biarkan 15minit selepas itu
   gaulkan dengan tepung sebelum di goreng.
2. goreng sehingga masak  biarkan sejuk
3. potong selebar ibu jari. letak tepi.



(B) 2 biji lemon di ambil jus nya(parut kulit lemon )
      tepung kastard
     600ml air


 cara cara

jerang air didalam periuk bila mendidih masukkan jus dan kulit lemon yang di parut ,simpan perasa
sedikit stock ayam ,ambil tepung kastard (bancuh tepung kastard dengan air) tuang perlahan lahan
hingga sos lemon menjadi pekat.
selepas itu baru dicurahkan ke atas ayam tadi.
hiasan mengikut kesukaan masing masing.