Sunday 11 October 2015

Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan ( kira2 300-350 gm )
16 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*
20 tangkai cili kering (dibuang bijinya dan direndam)*
7 biji buah keras*
5-6 batang serai*
1 inci lengkuas*
1 kiub belacan (dibakar)*
1 tbsp  jintan manis (digoreng tanpa minyak)
1 tbsp  jintan putih (digoreng tanpa minyak)
1 tbsp ketumbar (digoreng tanpa minyak)
1/2 cawan kacang tanah (digoreng)
1/2 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
Cara-cara
Bahan2 yg bertanda * hendaklah dikisar sehingga lumat.
Bahan2 spt jintan manis, jintan putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan hendaklah dikisar halus dgn pengisar serbuk. Kemudian barulah disatukan dgn bahan yg bertanda *.
***jika ingin disimpan lama, bolehlah ditumiskan terlebih dahulu dgn minyak masak dan dimasukkan sedikit garam, gula serta perahan asam jawa. Utk membuat laksa Sarawak


REMPAH KARI KURMA

BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah2kan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA
•             Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit, keringkan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus. Tambah, serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..



Rempah Al-Khasba(Arab Rice)

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

Sotong masak tomato

Bahan-bahan ( 2-3 org )

5 ekor sotong sederhana bsr (potong ikut suka, cuci & toskan) perap sebentar dgn garam kunyit (10-15 mnt shj).

  Bahan2 kisar 

3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 biji bwg besar
cili padi / cili merah
2 biji tomato
     Bahan2 lain
1 inci halia - dihiris halus
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 sb madu
serbuk cukup rasa, garam, aji - ikut selera masing2
sedikit minyak utk menumis.


   Cara-cara

kisar halus bahan2 kisar tadi dan tumis dalam kuali hingga naik bau.
Selepas itu masukkan halia, sos2 & madu kacau rata lalu masukkan sotong tdi.

Sesuai kan rasa, setelah sotong tadi masak boleh lah di hidangkan.

Kek Lapis Cheese

Bahan A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan
Bahan B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(

Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Tuesday 21 April 2015

Kek Buah Berkeju

Bahan-Bahan:-
240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g gula halus
250 g mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum* (yang berasingan dari tepung di atas .)
300 g buah2an campuran (mix fruit)*
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata) - xletak pon.. tak pe
Cara-Cara:-
Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan
Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata.
Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan.
Bakar 50 - 55 minit.

Tomyam Pes Homemade

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar)
air asam jawa, gula & garam

Cara-caranya:

1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.

2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.

4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.

Thursday 16 April 2015

Ayam Masak Rempah Kicap


Bahan-bahannya:
Bahan menggoreng ayam
6 ketul ayam yang siap dibersihkan
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil garam

Bahan Rempah
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk cili merah
1 1/2 sudu serbuk ketumbar
(Kalau tak ada semua ini, guna rempah kari pun boleh)
1 gelas air tapis

Bahan Tumis
1 ketul Bunga lawang
1 ketul kayu manis
1 ketul kayu cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji buah keras dibelah dua
6 biji bawang putih
1 biji bawang besar
4 batang cili hijau
1/2 inci halia
3 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air tapis
1 sudu cukup rasa (garam dan ajinomoto)
1 sudu kecil gula

Cara Memasaknya:
1.      Bahan rempah ini dibancuh dengan 1/2 gelas air
2.      Sedia bahan yang hendak di tumis.
3.     Sementara itu taburkan serbuk kunyit pada ayam. Gaul rata
4.     Kemudian taburkan serbuk lada putih dan garam kemudian gaul rata
5.     Goreng ayam  sehingga kekuningan emas tapi jangan terlampau masak. Separuh masak
6.     Bahan bahan ditumis, siap dipotong. Kalau nak blender pun boleh, tapi lebih baik kalau tak blender
7.     Kemudian masuk bakinya (bawang, buah keras, cili hijau, halia). Tumis sampai naik bau yang sangatlah harum
8.     Masukkan bahan rempah tadi(rempah masak kicap) Tumis sampai naik minyak
9     Kemudian masukkan air kicap (digaul bersama 1/2 cawan air, kicap pekat dan sos tiram)
1    Masukkan sesudu kecil gula dan sesudu cukup rasa (atau ajinomoto dan garam secukup rasa)
1.   Kemudian masukkan ayam goreng separuh masak warna kuning emas
Gaulkan dan biarkan sekejap selepas itu angkat…selamat menjamu selera

AYAM MASAK PAPRIK.



bahan-bahan perlukan:
– 1 kg isi ayam yang terbaik bahagian dada. Bersihkan potong sais ikut suka.
– 3 ulas bawang putih, diketuk kupas dan dicincang halus.
– 1/2 inci halia di racik halus (saiz btg mancis).
– 3 atau 4 ulas bawang merah kecil Thai – dihiris.
– 1 btg serai diketuk diperdunya.
– 4 sudu besar cili kering kisar.
– 3-4 helai daun limau purut, keluarkan urat daun tengah.
– 5 tangkai cili padi merah di ketuk.
– sedikit brocolli, kacang panjang, carrot dan jagung muda. Elok buat proses “bleaching” – direbus asing-asing dgn garam dan minyak masak.Di toskan air dan simpan tepi.
– 2 sudu besar minyak masak untuk menumis.
– Gula dan garam (sos ikan) secukup rasa.
Cara Buat Sos Paprik:
– 3 sudu besar sos cili.
– 2 sudu besar sos tomato.
– 2 sudu besar kicap manis.
– 1 sudu besar sos tiram.
Cara Menyediakan:
1. Peramkan potongan ayam dengan sos kicap ikan (utk kemasinan, satu atau dua ulas bawang putih diketuk, kicap manis 2 sudu besar, sedikit serbuk lada putih dan perasa makanan / 1 kiub stok ayam maggi segera, 1 sudu besar tepung beras, dan satu sudu besar minyak masak.Peram selama 30-40 minit.Goreng (jangan garing sgt) dan ketepikan.
2. Panasakan kuali, masukkan minyak masak dan mula panas, masukkan masukkan serai, diikuti dgn hirisan bawang putih, hirisan halia. Bila aroma naik, masukkan hirisan bawang. Bila bawang mula bertukar warna kepada kuning keemasan, masukkan cili kisar dan tumis seperti sambal tumis. Bila sambal anda pecah minyak (minyak akan timbul keliling sambal, masukkan sedikit gula dan kacau rata..
3. Masukkan cili padi, daun limau purut dan ketulan ayam yang telah goreng tadi. Masukkan sayuran-sayuran dan sedikit garam atau kicap sos ikan. Kacau rata cuma untuk 1 atau 2 minit kerana semuanya telah masak awal.
4. Masukkan sos yang telah sediakan dan kacau sebati dengan ayam dan sayuran cuma 1-2 minit saja. Kepekatan kuah boleh tentukan dengan masa masak terakhir ini. Rasa garam. Kalau kurang boleh lah tambah sedikit kicap sos ikan. 

REMPAH KARI IKAN


Bahan2:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis 
1/2 camca teh jintan putih 
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

Cara Membuatnya:
1. Cuci semua rempah di atas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering kemudian goreng tanpa minyak hingga harum.
2. Kisar rempah sehingga halus.

3. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Rempah Kari Daging


Bahan2:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis @ kasar
1/2 camca teh jintan putih @ halus
1 batang kayu manis, dipatah2kan
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

Cara Membuatnya:
1. Cuci semua rempah di atas kecuali serbuk kunyit. Kemudian jemur sehingga kering.
2. Goreng tanpa minyak sehingga harum dan kisar hingga halus.

3. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara