Sunday 19 October 2014

Nasi Ayam


Bahan-Bahan untuk Ayam   
1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau dicampur
1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit garam 

Bahan-Bahan untuk Nasi Ayam 
3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.)
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin
3 ketul kuib ayam
2 helai daun pandan
Bahan-Bahan untuk Sambal 
1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan 


Bahan-Bahan untuk Kicap 
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula 


Bahan-Bahan untuk Sup 
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Lobak merah
1 sup bunjut
Secubit garam 


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi 

1. Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.
2. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3. Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4. Masukkan bawang putih dan halia.
5. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
7. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
8. Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
9. Leraikan dengan garfu setelah nasi masak. 




Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam 

1. Mula-mula letaklan seekor ayam dalam periuk dan masukkan air.
2. Biarkan ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia.
3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih kurang 1/2 jam.
4. Angkat ayam dan ketepikan dahulu.
5. Selepas itu, bakarkan ayam tersebut dalam ketuhar sekejap lagi sehingga masak.
6. Potongkan ayam tersebut semasa ingin makan dengan nasi.
7. Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam tersebut.
8. Jangan membuangkan baki air ayam sebab boleh digunakan untuk memasak sup. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal 
1. Kisarkan semua bahan.
2. Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap 

1. Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.
Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau. 
Cara-Cara untuk Menyediakan Sup Ayam
 1. Masakkan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih.
2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi.
3. Perasakan garamya dengan segera.
4. Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan api. 


kuih kosui

bahan-bahan:
(A)
250 g gula Melaka
500ml air
1 sudu besar santan serbuk
2 helai daun pandan, potong kecil-kecil
50 g gula + 3 sudu besar air
(B)
100g tepung ubi kayu
160g tepung beras
20g tepung beras pulut
500ml air
1 sudu kecil air alkali (kan sui)
(C)
1/2 kelapa parut
1/2 sudu kecil garam


kaedah:


1. Masukkan air 500 ml dan gula melaka. Kemudian tambah dalam bahan-bahan lain dalam (A) dan biarkan mendidih  . biarkan sejuk.
2. Campur semua dalam (B) gaul sehingga sebati selepas itu Tuang gula melaka  dan masak di atas api kecil kacau hingga pekat. Kacau sentiasa.
3. Tuangkan adunan ke dalam kuali kek persegi yang disapu mentega. Stim lebih air panas mendidih selama kira-kira 40 minit.
4. Dinginkan Kuih Kosui sebelum dipotong-potong.salutkan dengan kelapa parut.
5.pastikan kelapa parut dikukus selama 5minit sebelum diguna .