Saturday 4 October 2014

APAM SUSU

BAHAN BAHAN
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
 1 CAWAN GULA
1/2 CAWAN SUSU TEPUNG
 1/2 PEKET MAURIPAN
 1 SETENGAH CAWAN AIR
 CARANYE:
 CAMPUR SEMUA BAHAN KERING TD,GAUL SEMUA KEMUDIAN BUAT BULATAN DITENGAH..TUANG AIR SIKT DEMI SEDIKIT...KAUP BAHAN TD SEHINGGA RATA...KEMUDIAN BIARKAN/PERAP SELAMA 30MIN...SELEPAS TU BARU BAHAGI PADA BEBERAPA BAHAGIAN UTUK PWARNA... SEBELUM KUKUS LETAK MINYAK PADA ACUAN SUPAYA TIDAK MELEKAT... SELEPAS ITU BLH LA LETAK ADUNAN TADI DAN KUKUS SELAMA 15-20MIN.. SIAP.. SELAMAT MENCUBA...

Sotong Goreng Telur Masin

Bahan-bahan

  • 3 ekor sotong besar atau 5 ekor sotong size sederhana
  • 2 biji telur masin yg telah direbus (yg merah sahaja)
  • 3 biji cili api (dihiris halus)
  • daun kari (dlm 1 tangkai)
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit susu cair
  • tepung serbaguna untuk menggoreng sotong

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong,goreng dgn tepung serbaguna sehingga garing
  2. panaskan kuali,cairkan mentega
  3. masukkan cili api dan daun kari
  4. masukkan telur masin merah yg dihancurkan
  5. masukkan susu cair
  6. masukkan sotong
  7. kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan

Agar-agar koktel

Bahan-bahan

  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.5 liter air(5 gelas)
  • 100ml(1/2 cwn) susu cair
  • 200g gula
  • 1 tin besar koktel
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
  3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
  4. Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
  5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
  6. Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.

Puding Coklat & Puding Marble

Bahan-bahan

  • Bahan A:
  • 1 liter air
  • 25g Agar² (satu peket Agar² kering cap burung Layang²)
  • 1 cawan Gula (boleh kurangkan jika tak nak terlalu manis)
  • Bahan B:
  • 1 biji telur
  • 1 Tin Susu Ideal
  • 750-850ml air (kalo suka lembut, bole tambahkan air lebih sikit max 1 litre, nanti jadi lembut sangat susah nak kuarkan dari acuan)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2-3 titik esen vanila
  • Bahan C:
  • 4 Sudu Besar Serbuk Koko Van Houten

Cara-cara

  1. Cuci agar² dan masak bersama air. Masak diatas api sederhana. Bila cair agar² masukkan gula. Masak lagi sampai gula cair...
  2. Masukkan bahan² B dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
  3. Selepas bahan A tadi dan mendidih, kecilkan api dan masukkan Bahan B tadi. Kacau sampai mendidih. Tapi jangan mendidih terlalu lama.. nanti berketul...
  4. Asingkan sebahagian dan sebahagian lagi ditambah serbuk koko...
  5. Kacau sehingga larut/ sebati
  6. Tuang kedalam acuan (Sila tapis supaya tekstur agar² lebih halus). Untuk mendapatkan marble, tuangkan adunan coklat dan apabila agak membeku, tuangkan adunan kuning tadi untuk mendapatkan corak yang berbeza.
  7. Lepas agar² mengeras, bolehlahmasukkan dalam peti sejuk

Daging Masak Hitam

Bahan-bahannya:
1 kilo daging
500 gram cili boh
1/2 botol kicap biasa
1 atau 2 sudu besar kicap pekat
6-7   labu bawang merah besar
2 sudu besar kismis hitam
1 cawan minyak
Sedikit gula
Bahan-bahan penumis
3 ulas bawang putih (Dihiris halus)
2 labu bawang merah (Dihiris halus)
2 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara membuatnya:
Rebus daging sehingga lembut dan potong mengikut saiz yang disukai
Panaskan minyak dan goreng bawang merah sehingga berwarna keperangan. Angkat dan toskan
Dengan menggunakan lebihan minyak, tumiskan bahan-bahan penumis sehingga wangi
Masukkan cili boh dan masak sehingga garing
Masukkan kicap biasa, kicap pekat dan gula
Ambil separuh dari bawang yang telah digoreng tadi dan kisar bersama kismis dan masukkan ke dalam daging
Masukkan ke dalam juga lebihan bawang goreng tadi
Masak sehingga daging lembut dan sehingga minyak berwarna merah keluar.

Nasi Daging

Bahan-bahannya:
1/2 kilogram daging (dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
3 cawan beras biasa
4 cawan air rebusan daging
2 labu bawang merah besar (Dihiris halus)
2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
1 inci halia (Dipotong halus)
kulit kayu manis, bunga lawang(Pandai-pandaila agak-agak)
3 sudu besar mentega
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar tomato puri
2 biji tomato (Didadukan)
Secekak daun ketumbar
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan mentega
Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
Masukkan rempah kari daging  dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air. Masak sehingga rempah garing
Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih
Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.
Masak nasi seperti biasa.

Kari Ayam Hijau Thai

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 16/ 18
1/2 kilo santan pekat
1/4 cawan santan cair
1 sudu besar gula merah
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus lemon/limau kasturi
Terung pipit
7 helai daun limau purut
2 tangkai daun selasih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air suam
Bahan-bahan untuk dikisar
3 batang serai
10-15 biji cili padi
3 biji cili hijau
1 sudu kecil belacan
1 inci lengkuas
2 cm halia
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar 
1/2 sudu kecil  seruk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
5 ulas  bawang merah
4 ulas bawang putih
1 pokok daun ketumbar 
2 helai daun limau purut
2 cm kunyit hidup
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi
Masukkan santan cair dan kacau seketika
Masukkan ayam dan kemudian masukkan pati santan
Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan terung pipit,garam,gula, daun selasih, daun limau purut, sos ikan, jus limau dan gula merah
Masak selama 10 minit lagi dan kemudian bolehlah diangkat
Boleh hiaskan dengan hirisan cili merah dan daun ketumbar

ayam masak hijau

Bahan-bahan ( 2org )

  • *1 batang serai
  • *5 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *sedikit lengkuas
  • *1 labu bawang besar
  • *segenggam cili api~kalau nak pdas lagi, leh tambah lagi..
  • 4 ketul ayam
  • kunyit
  • garam secukup rasa
  • minyak

Cara-cara

  1. perap ayam bersama kunyit dan garam. biarkan dalam setengah jam, kemudian goreng. bila dah masak, angkat dan ketepikan
  2. kisar kesemua bahan-bahan yang bertanda *.
  3. kemudian, masukkan minyak kedalam kuali. tumis kesemua bahan yang dikisar tadi
  4. setelah naik bau dan biarkan ia garing sedikit.
  5. masukkan garam secukup rasa
  6. gaulkan sekejap ayam yang telah digoreng tadi.
  7. siap untuk dimakan bersama nasi panas. slamat mencuba!

Sambal Udang Dengan Petai

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 1kg udang dibersihkan
  • 3 papan petai dibuang kulit
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 1/2 gelas air asam jawa cair
  • bahan kisar
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • 1 gelas air
  • 1 senduk cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. panaskan kuali untuk menumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau
  2. masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan ringan
  3. masukkan air asam jawa, kacau rata dan biarkan mendidih sedikit
  4. tambah 1/2 gelas air dan biarkan mendidih dan sedikit pekat
  5. masukkan udang, petai dan bawang hiris. kacau rata dan biarkan untuk 5 minit.
  6. masukkan gula dan sedikit air, kacau lagi rata2. biarkan mendidih dan masak untuk 5-7 minit
  7. tutup api dan biarkan sambal mesra untuk 30 minit sebelum di hidang..

Kerabu Tomato Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka

Cara-cara

Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.

Salad Buah-Buahan

Bahan-bahan

  • 2 biji epal merah
  • 2 biji pear
  • 2 biji oren
  • Nata de Cocoa perisa laici
  • Kismis (optional)
  • Mayonise

Cara-cara

  1. Potong dadu semua buah2an. Buah oren potong 6.
  2. Gaulkan potongan buah2an dengan Nata de Cocoa (bilangan sudu bergantung dengan anda).
  3. Masukkan mayonise. Gaul. * bilangan sudu mayonise pun bergantung kepada kegemaran anda.
  4. Akhir sekali, taburlah sedikit kismis. Sejukkan di dlm peti ais sebelum dihidang. Selamat mencuba!

Fruits Salad

Bahan-bahan

  • 1 biji Mango
  • 1 biji Apple Hijau
  • 1 cawan Angur
  • 2 keping Tembikai
  • 4 biji Strawberries
  • 2 cawan Yogurt

Cara-cara

  1. Mango, apple dan tembikai dipotong dadu. Strawberry pula dihiris tebal2.
  2. Masukkan angur dan gaulkan sehingga campur.
  3. Makan dgn yogurt kesukaan anda.

Salad telur dan kentang

Bahan-bahan

  • 4-5 biji kentang, dikupas kulit dan direbus (kalau boleh beli kentang yang warna putih, USA)
  • 4 biji telur rebus
  • mayonis secukupnya (untuk mengaul)
  • serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara

  1. kentang dan telur dipotong dadu atau size untuk dimakan
  2. gaulkan kesemuanya bahan dgn mayonis, sehingga melitupi semua bahan, lebih mayonis lagi sedap
  3. setelah itu taburkan serbuk lada hitam, ikut rasa masing2, sejukkan dan boleh dimakan

Salad terong

Bahan-bahan ( 4 )

  • 5 biji terung
  • 1 biji bawang besar
  • 10 tangkai cili padi
  • Sedikit belacan (dibakar)
  • 1/2 cawan santan pekat (boleh juga digantikan dengan 2 sudu makan mayonis)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Hiris terung tanpa membuang kulit. Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng dan toskan minyaknya.
  2. Hiris nipis bawang besar dan cili padi. Gaulkan kedua-dua bahan bersama belacan.
  3. Masukkan santan dan gaul hingga mesra. Tuangkan ke atas terung goreng tadi, sebatikan.
  4. Sesuai dihidang ketika makan tengahari bersama nasi dan sambal udang...

kek coklat kukus

Bahan-bahan

  • 1 cwn serbuk koko 
  • 1 cwn gula pasir
  •  1 cwn susu cair
  •  1 cwn minyak masak@butter di cairkan
  •  1/2 cwn susu pekat manis
  •  1 1/4 cwn tpg gandum 
  • 1 s/t baking powder
  •  1 s/t soda bicabonate 
  • 1 s/t nescafe 3 biji telur

Cara-cara

Campurkan koko,gula,susu cair,susu pekat,nescafe dan minyak ke dlm periuk masak hingga larut atas api sederhana.Biarkan sejuk. Tepung,soda dan baking powder di ayak . Telur dipukul hingga kembang dan masukkan kedlm adunan koko tadi.Gaul rata dan masukkan tepung yg sudah diayak tadi gaul lagi guna senduk pun blh.Tuang ke dlm loyang 8"[ adunanni akan naik].Tutup atasnya dgn aluminium foil agar tidak dimasukki wap.Kukus 1jam. Topping:1/2 cwn koko, 1/2 cwn susu pekat,2 sudu besar minyak masak, sedikit nescafe jika suka. cara:Masukkan semua bahan dlm periuk,dgn api sederhana kacau rata nampak dah larut dan bekilat angkat.Tuang atas kek .

Kuih Serimuka Pandan (Tanpa Telur)

Bahan-bahan ( loyang 10x10 )

  • LAPISAN BAWAH :-
  • 500 g beras pulut - dicuci bersih,rendam 15 min-20 min dan toskan
  • 2 cawan santan cair
  • garam secukup rasa
  • 2 sb minyak masak
  • 1 helai daun pandan - dikerat2
  • LAPISAN ATAS :-
  • 500 g santan KARA/pati santan
  • 450 g jus pandan (kisar 10 helai daun pandan + air dan tapis)
  • 3/4 cawan gula halus (rcp asal 1 cawan)
  • 1/2 cawan tepung gandum - diayak
  • 1/2 cawan tepung beras - ayak
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk warna hijau

Cara-cara

  1. Panaskan periuk kukusan berisi air. Campur dan kacau bahan2 lapisan bawah di dalam loyang dan kukus hingga masak selama 30 min.
  2. Sementara pulut masak, sediakan bahan2 lapisan atas...campurkan semua bahan dan tapis.Masak hingga adunan hampir pekat sambil terus dikacau.

  3. Keluarkan daun pandan dr adunan pulut dan tekan2 pulut hingga rata dan padat.(Akak ambil sedikit pulut dan warnakan dgn pandan pes)

  4. Tuang adunan lapisan atas tadi ke atas lapisan pulut dan ratakan permukaannya dan kukus semula kuih selama 30 min dengan api sederhana.

  5. Biar kuih benar2 sejuk baru dipotong dan hidangkan.

Kek Lapis Masam Manis

Bahan-bahan ( saiz kek 6"x6" (acuan kek kecil) )

  • 200gm Buttercup
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 150gm gula kastor
  • 5 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 150gm gula kastor
  • 100gm tepung Hongkong / tepung pau
  • 1 sudu maka ovalette
  • Jem nanas
  • Pewarna merah dan kuning

Cara-cara

  1. Pukul Buttercup, gula, ovalette, susu pekat manis hingga gebu.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga rata.
  3. Masukkan tepung dan kaupbalikkan menggunakan spatula hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak dan warnakan setiap satu.
  5. Sendukkan 5 sudu makan adunan warna merah, bakar menggunakan grill atas dan bawah selama 5 minit dengan kepanasan antara 120-150 darjah Celcius (bergantung jenis ketuhar).
  6. Bila sudah masak, lapiskan dengan 5 sudu makan adunan kuning dan bakar menggunakan grill atas sahaja.
  7. Sapukan jem nanas (nipis sahaja) di atas setiap adunan kuning yang telah masak sebelum dilapisi dengan adunan merah. Ulangi proses ini hingga adunan habis .

pai ayam

 Img_0537

 

Bahan-bahan ( 8 biji pie kecil )

  • DOH PIE :
  • 150gram butter
  • 280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
  • 1 biji kuning telur (dipukul)
  • secubit garam halus
  • 1 sudu teh gula halus
  • INTI PIE:
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • (*) 3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi (buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu)
  • (*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
  • ~kalau nak guna mix vegetable pon OK~
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
  • 2 sudu minyak masak
  • (#) 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu besar sos tiram
  • (#) lada sulah (serbuk) secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara

  1. CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
  2. Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
  3. panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda (*) dan kentang yg telah digoreng tadi
  4. masukkan bahan2 bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa anta
  5. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat
  6. Sejukkan inti pie.
  7. CARA-CARA MEMBUAT DOH: Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
  8. Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
  9. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
  10. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
  11. Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
  12. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
  13. Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.
  14. Sedia untuk di 'ngap' seisi keluarga... Selamat Menjamu Selera.

Yunani Isle Ayam



• 1 lemon, separuh
tomato anggur 1 pain
• 1 (6 auns) jar Sicily diadu zaitun hijau, ditapis
• 1 sudu teh oregano segar dicincang
1 ulas bawang putih, cincang
• 1 sudu campur 2 sudu teh minyak zaitun, dibahagikan
• 4 (6 auns) tanpa kulit, dada ayam tanpa tulang mengurangkan kepada separuh $
• 4 sudu teh garam bebas perasa Yunani (seperti ini Cavender)
tangkai oregano segar
penyediaan
1 Panaskan ketuhar kepada 400 °.
2.. Picit separuh 1 lemon, dan jus rizab. Nipis keping separuh lain lemon bersilang, dan suku setiap keping. Menggabungkan keping dibelah empat lemon, tomato, dan seterusnya 3 ramuan di dalam mangkuk sederhana; menambah 2 sudu teh minyak zaitun, dan melambungkan untuk menggabungkan.
3.. Taburkan kedua-dua belah ayam sama rata dengan perasa Yunani. Panaskan baki minyak 1 sudu besar dalam kuali yang tahan ketuhar yang besar di atas api yang sederhana tinggi. Masukkan ayam dan masak 2-3 minit pada setiap sisi atau sehingga perang keemasan. Keluarkan ayam dari kuali; menyimpan panas.
4. Tambah jus lemon terpelihara untuk menyorot, mengikis kuali melonggarkan bit perang. Tambah campuran tomato untuk pan, kacau perlahan-lahan.
5.. Letakkan ayam di atas campuran tomato, dan pan tempat di dalam ketuhar. Bakar pada 400 ° untuk 20 hingga 22 minit atau sehingga ayam dilakukan. Hiaskan dengan tangkai oregano, jika dikehendaki

ayam makaroni salad deluxe

4 oz.  makaroni
2 c. ayam masak dipotong dadu
1 c. epal dicincang
1 c. saderi dipotong dadu
3/4 c. kacang dicincang
1/2 c. dipotong dadu jeruk manis
2 sudu besar. bawang dicincang
1/2 c. mayonis
1 sudu besar. mustard bersedia
2 sudu besar. jus lemon
1 sudu kecil. garam
1/8 sudu kecil. lada
jalur Pimiento
Memasak salah satu daripada jenis kecil saiz makaroni dalam air masin mendidih sehingga lembut. Campurkan ayam, epal, saderi, kacang, jeruk dan bawang. Campurkan sos salad, sawi, jus lemon, garam dan lada. Menggabungkan campuran ayam, makaroni dan sos salad. Hiaskan dengan jalur pimiento. simpan di dalam peti sejuk tempoh beberapa jam membolehkan penyerapan dan mengadun semua bahan-bahan.