Thursday 23 October 2014

AYAM MASAK MERAH (2)



BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
1tsp serbuk kari
1 tangkai daun kari
Cara-cara
  1. Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
  2. Tumis bahan-bahan kisar,daun kari,serbuk kari dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
  5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan.

muffin coklat


  • BAHAN BAHAN
  • 2 sudu kecil baking powder
    120g tepung gandum
    4 biji telur
    100g gula halus
    140g mentega
    400g coklat masakan

CARA CARA
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler"
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang)
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

ikan Merah kukus




 1 ekor ikan merah saiz besar 
 3 helai daun bawang -dihiris halus
 2 sudu besar kicap cair
 300gms  sayur masin dihiris halus
 1 sudu besar sos tiram
 2 ulas bawang putih - dimayang nipis
1 btg serai dihiris halus
1biji tomato di mayang nipis
 1 inci halia - dihiris nipis
 2-3 titik minyak bijan
 1 batang cili merah - dipotong
 Secubit garam 

CARA CARA
1. Ikan dikelar-kelar dan dilumur sedikit garam.
2. Masuk dalam pinggan tahan panas. Lumurkan sos tiram pada ikan dan curahkan kicap cair.
3. Taburkan halia dan bawang putih. Kalau boleh, masukkan ke celah-celah ikan yang dikelar tadi 
4.Tabur semua bahan yang dipotong  ke atas ikan.
5. Akhir sekali titiskan minyak bijan ke atas ikan dan kukus selama 20 minit attau hingga ikan masak.