Monday, 6 October 2014

sayur campur

Bahan-bahan

  • seikat kacang buncis (atau 12 btg)
  • 1 batang carrot
  • Bunga kobis
  • 2 biji Tauhu. 1 biji dipotong 9
  • 10 ekor Udang 
  • BAHAN2 UTK DITUMBUK
  • - 4 ulas bawang putih
  • - 5 ulas bawang merah
  • - 1/2 labu bawang besar
  • - 7 tangkai cili merah/api
  • - 1 genggam ikan bilis
  • - 2 cm belacan yg telah dibakar
  • - gula1/2 sudu teh
  • BAHAN2 UNTUK MEMASAK
  • - Garam secukup rasa
  • - 2 sudu sos tiram
  • - 1 sudu teh perasa ayam maggie
  • -1 sudu teh perasa ikan bilis maggie
  • - 1 senduk minyak masak

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk seperti yg disenaraikan.
  2. Goreng tauhu (tak perlu garing sgt). dan ketepikan
  3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan (1) hingga naik bau. Masukkan semua sayur2.
  4. jika perlu, campurkan 4 sudu air. tambahkan garam, sos tiram, perasa ayam dan ikan bilis. Tutup kuali dengan penutup. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi 'empuk'. masukkan udang.

No comments:

Post a Comment