Bahan-bahannya:
Bahan menggoreng ayam
6 ketul ayam yang siap dibersihkan
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil garam
Bahan Rempah
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk cili merah
1 1/2 sudu serbuk ketumbar
(Kalau tak ada semua ini, guna rempah kari pun boleh)
1 gelas air tapis
Bahan Tumis
1 ketul Bunga lawang
1 ketul kayu manis
1 ketul kayu cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji buah keras dibelah dua
6 biji bawang putih
1 biji bawang besar
4 batang cili hijau
1/2 inci halia
3 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air tapis
1 sudu cukup rasa (garam dan ajinomoto)
1 sudu kecil gula
Cara Memasaknya:
1. Bahan rempah ini dibancuh dengan 1/2 gelas air
2. Sedia bahan yang hendak di tumis.
3. Sementara itu taburkan serbuk kunyit pada ayam.
Gaul rata
4. Kemudian taburkan serbuk lada putih dan garam
kemudian gaul rata
5. Goreng ayam sehingga kekuningan emas tapi jangan terlampau
masak. Separuh masak
6. Bahan bahan ditumis, siap dipotong. Kalau nak blender
pun boleh, tapi lebih baik kalau tak blender
7. Kemudian masuk bakinya (bawang, buah keras, cili
hijau, halia). Tumis sampai naik bau yang sangatlah harum
8. Masukkan bahan rempah tadi(rempah masak kicap)
Tumis sampai naik minyak
9 Kemudian masukkan air kicap (digaul bersama 1/2
cawan air, kicap pekat dan sos tiram)
1 Masukkan sesudu kecil gula dan sesudu cukup rasa
(atau ajinomoto dan garam secukup rasa)
1.
Kemudian masukkan ayam goreng separuh masak
warna kuning emas
Gaulkan dan biarkan sekejap selepas itu angkat…selamat
menjamu selera