BAHAN BAHAN
6 cawan tepung beras
6 cawan santan
6 sudu makan tepung gandum
6 sudu makan tepung jagung
2 cawan gula atau (1 cawan jika suka kurang manis )
1/2 sudu teh garam
sedikit warna merah
CARA CARA
panaskan pengukus dan sedia kan loyang 8x8 .
1.masukkan santan kedalam periuk kacau hingga suam .tutup api
2. masukkan tepung beras,gandum,t.jagung,gula dan garam kedalam periuk santan tadi gaul hingga sebati.
3.bahagi kepada dua bahagian satu bahagian warna merah,satu bahagian bairkan begitu saja.
4.masukkan adunan kedalam loyang(200ml) kukus selama 5 ke8 minit selepas itu tuang lagi adunan
(buat selang seli hingga habis)
setelah siap biarkan sejuk selepas itu baru di potong.
No comments:
Post a Comment