Friday, 25 May 2012

Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)


Bahan2:

16oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin kecil susu pekat
1 tin besar serikaya
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
250g tpg hongkong
180g gula halus
200g horlicks
200g cream cheese
Pewarna oren
Coklat rice secukupnya

Cara membuatnya
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu, tepung gandum dan baking powder
  3. Gaulkan cream cheese dan susu di tempat berasingan. Bila sudah sebati barulah dicampurkan ke dalam adunan mentega.
  4. Masukkan vanilla dan pewarna oren
  5. Ambil satu cawan adunan tadi dan kukus sehingga masak
  6. Tuangkan lagi satu cawan adunan dan kukus sehingga masak
  7. Taburkan rata coklat rice di atas adunan.
  8. Ulangi langkah 5-8 sehingga adunan habis.
  9. Kukus sekurang2nya 1 jam selepas lapisan terakhir

No comments:

Post a Comment