Thursday, 16 October 2014

Ayam percik

(A)Bahan-bahan (kuah percik)
18 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
8 sudu besar cili kisar
800 ml santan pekat
2 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
6 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
Minyak masak untuk menumis
 (B) Bahan-bahan (perap ayam)
1 ekor ayam
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
Cara-cara
Kisar halus  bahan-bahan(B) untuk memerap ayam dan Perap ayam dengan bahan di kisar selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
Untuk kuah, tumis bahan-bahan(A) yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).

 Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar

No comments:

Post a Comment