Nie aku dapat dari website mamak so aku try gak ermm memang sedap so saper saper nak try bleh ambik resepi nie...
Bahan-Bahan:
10 biji Cengkih
(clove).
4 biji Buah
Pelaga putih (Cadamom).
10 biji Lada Hitam
(pepper corn).
4 keping kulit kayu
manis ( Cinnomom Stick).
10 buah Pelaga Hijau ( Green
Cadomom).
3 helai daun beriani
(Bay leaf).
3 sudu besar
Jintan Manis ( Fennel Seed)
2 sudu besar bawang Goreng.
1/2 sudu besar Jintan Putih.
(cummin Seed)
2 sudu besar Serbuk Rempah
(Corriander Powder)
1 sudu besar Serbuk Jintan
Putih ( Cummin Powder).
1/4 sudu besar serbuk kunyit.
1/2 sudu serbuk cili.
Cara:
1. Kisar semua bahan tersebut yang
pejal.
2. Setelah dikisar halus campurkan
bahan-bahan yang berbentuk serbuk.
3. Kadar Kegunaan ialah 3 sudu
besar untuk satu kilo daging / ayam. Sekiranya ingin buat Nasi beriani;
dua sudu besar sudah memadai untuk 1 kg. beras.
4. Serbuk ini boleh bertahan
sehingga 3 bulan kalau disimpan dalam beks kedap udara.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment